Wednesday, January 19, 2011
Pengasas Yahoo - Jerry Yang dan David Filo
SEJARAH DENGAN YAHOO!
Yahoo! bermula sebagai hobi dan telah berkembang sebagai jenama global yg telah merubah cara manusia berkomunikasi antara satu sama lain, mencari maklumat dan membeli barang.
Dua pengasas Yahoo! Jerry Yang dan David Filo, pelajar Ph.D dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di Universiti Stanford, memulakan minat dioarng dalam internet di dalam kampus trailer pada bulan Februari, 1994. Tanpa disedari, mereka banyak menghabiskan masa kepada senarai rangkaian kegemaran yang direka sendiri, daripada thesis kedoktoran yang mereka ambil. Kesudahannya, senarai Jerry & David menjadi semakin panjang dan besar yg tidak dapat dikawal lagi, lalu mereka pun memecahkannya mengikut kategori. Bila kategori sudah menjadi semakin penuh, mereka menghasilkan sub-kategori, dan disinilah konsep yang kukuh disebalik lahirnya Yahoo!
Laman Web mereka bermua dengan ""Jerry and David's Guide to the World Wide Web" . Nama Yahoo! akronim dengan ""Yet Another Hierarchical Officious Oracle," tapi Jerry & David menegaskan yang mereka memilih nama Yahoo! kerana mereka suka dengan definasi menyeluruh yahoo : "rude, unsophisticated, uncouth." Yahoo! pertama dilancarkan di komputer Jerry yang bernama "Akebono", manakala perisian pula di komputer David yg bernama "Konishiki", kedua2 nama sempena mengenang ahli Sumo lagenda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.