Kelab Komputer SMK Pendamaran Jaya telah ditubuhkan sejak tahun 2004. Matlamat utama penubuhan Kelab Komputer ini adalah untuk mewujudkan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan selaras Dasar ICT Kementerian Pelajaran Malaysia.
Adalah penting untuk memberi peluang kepada pelajar mengembangkan potensi dan kemahiran kendiri secara optimum dan proaktif untuk menghadapi cabaran masa hadapan. Di samping juga melahirkan masyarakat Malaysia yang sentiasa peka terhadap perkembangan dan pengetahuan tentang isu-isu semasa berkaitan ICT.