Album 2009


6, 7 dan 8 Mac 2009 - Laporan Kem Orientasi Bersepadu SMK Pendamaran Jaya. Kem Orientasi  merupakan salah satu daripada program yang bertujuan untuk memupuk nilai kepimpinan dalam diri pelajar. Biasanya kem orientasi SMK Pendamaran Jaya hanya disertai oleh pengawas-pengawas sekolah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 sahaja. Ia seolah-olah rutin tahunan bagi badan pengawas SMK Pendamaran Jaya. Tetapi pada kali ini, kem orientasi diadakan secara bersepadu iaitu melibatkan badan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, pengawas makmal komputer dan juga pengawas SPBT. 

Tujuan utama kem orientasi bersepadu ini diadakan adalah untuk menguji daya ketahanan peserta dari segi fizikal dan mental. Di samping memupuk nilai-nilai murni diri seorang pemimpin iaitu bertanggungjawab, sabar, cekal, jati diri, setia kawan, berkualiti dan berdisiplin. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti aktiviti 'ice breaking', cultural night, aerobik, dan lain-lain lagi. Secara keseluruhannya, kem orientasi bersepadu ini telah berjaya mencapai matlamat dan objektif perlaksanaannya. Para peserta diharap dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dan dapat menjalankan tugas mereka sebagai pelajar, pemimpin sesuatu organisasi, pencetus motivasi kepada pelajar lain untuk lebih berdaya saing dalam pelajaran mahupun kepimpinan, seterusnya menggalakkan pembentukan modal insan yang berkualiti.






25 April 2009 - Snapshot and memories during the Explorace Day..


11 October 2009 - Snapshot and memories during C-Club Annual Gathering...